Bagaimanapun, untuk menjadi kaya raya dengan penipuan dan perbuatan yang saya anggap begitu keji, celaka dan jelik ini adalah melampau.
Carilah barangan itu di dalam tong sampah, tapak pelupusan atau mereka yang tidak mahukannya lagi – lakukan kitaran semula.
Ye, apa yang anda lihat ini adalah realiti yang sebenarnya berlaku – asalkan boleh untung, soal lain diketepikan.
Anda bayangkan , sarapan pagi anda adalah sebenarnya dari air susu yang telah ‘expired’ sebulan lalu.
Susu pekat manis yang anda gunakan atau minum di kedai atau warong, sebenarnya susu yang tinnya telah berkarat, kemek sana-sani dan sudah pasti yang telah luput tarikh.
Hasil risikan dan intipan, akhirnya malam tadi kira-kira jam 10.15 malam, sepasukan 10 anggota penguatkuasa KPDNKK Cawangan Gombak diketuai Pegawai Penguatkuasa Ramli Nayan, melakukan serbuan.
Ketika serbuan, dua wanita sedang leka membasuh dan menanggalkan cetakan tarikh luput pada puluhan susu di dalam botol yang telah luput tarikh sebulan lalu.
Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan - seorang berusia 50han, warga Indonesia bertaraf penduduk tetap dan seorang lagi wanita berusia 34 tahun – memiliki paspot Indonesia.
Di dalam rumah bertimbun dan bersepah pelbagai barangan ditemui termasuk di dalam bilik tidur dan di bawah katil.
Barangan luput tarikh ini dipercayai diperolehi melalui beberapa pihak dan juga dari pusat pembuangan sampah.
Jika anda wanita, dan tiba-tiba merasa ‘lain macam’ apabila memakai ‘tuala wanita @ pad, mungkin ia berasal dari mana-mana tong sampah dan dibawa ke rumah ini untuk di bungkus semula.
Dan mana tau, rambut anda yang beruban, tiba-tiba boleh menjadi hitam semula, anda kena ragui kerana formula syampunya mungkin berasal dari sini!
No comments:
Post a Comment