Thursday, 26 May 2011

ala ala cerita dark water....

Penghuni Flat Singapura Minum Air Mayat



Singapura - Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini,"
kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi


MAYAT DITEMUI DALAM TANGKI AIR

Ramai masih kurang selesa guna air untuk minum


BEKALAN air yang terputus sudah dipulihkan, namun sebilangan penduduk Blok 686B Woodlands Drive 73 masih kurang selesa menggunakan air tersebut untuk diminum atau memasak menyusuli penemuan mayat dalam tangki air di blok berkenaan kelmarin.

Malah, ada juga yang berharap pihak berkuasa dapat melanjutkan bekalan air sementara sehingga hujung minggu ini.

Tinjauan Berita Harian ke blok itu semalam mendapati bahawa beberapa penduduk lebih selesa mengambil air daripada saluran paip sementara yang dipasang Majlis Bandaran Sembawang dengan bantuan agensi air negara, PUB.

Saluran air sementara itu menggunakan bekalan daripada sebuah pili bomba berdekatan.

Seorang penduduk, Encik Muhamad Fazalee Ebudaen, 41 tahun, berkata beliau dimaklumkan pihak majlis bandaran mengenai pemulihan bekalan air namun masih kurang selesa menggunakan air tersebut.

'Kami diberitahu menerusi notis pemberitahuan yang dikirimkan pada sebelah pagi agar membuka paip air selama lima minit sebelum menggunakannya.

'Namun saya masih kurang selesa menggunakan air ini untuk memasak atau meminumnya. Oleh itu saya pergi ke bawah untuk mendapatkan bekalan air,' kata ayah dua anak itu.

Bekalan air di blok tersebut dihentikan kelmarin selepas mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui dalam tangki air yang terletak di bumbung blok itu.

Wanita tersebut dipercayai bekerja dengan sebuah keluarga di tingkat enam blok berkenaan.

Namun, wartawan yang mengunjungi unit flat itu petang semalam mendapati pagar dan pintu unit tersebut berkunci dan penghuninya tiada di rumah.

Menurut jiran-jiran, mereka tidak kenal mangsa tersebut.

Ketika dihubungi semalam, polis mendedahkan bahawa mangsa yang berusia 30 tahun itu dikenali hanya dengan nama Ruliyawati.

'Pihak kedutaan telah dimaklumkan mengenai kematian tersebut,' kata jurucakap polis.

Polis menambah, seorang lelaki warga Bangladesh, yang dipercayai pekerja penyenggaraan di kejiranan itu, telah diberkas dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

Ekoran penemuan mayat di dalam tangki itu, penduduk turut berharap agar bekalan air sementara dapat dilanjutkan hingga hujung minggu ini.

Bagi Encik See Kim Poh, 60 tahun, beliau masih berasa geli untuk menggunakan air di bloknya buat beberapa hari ini.

'Loya tekak saya nak gunakan air ini setelah fikirkan berapa lama mayat itu berada dalam tangki air itu.

'Saya harap pihak berkuasa dapat lanjutkan bekalan air sementara itu beberapa hari lagi sehingga kami rasa selesa gunakan air daripada tangki blok,'
katanya sambil mengisi air ke dalam baldi di kolong blok tersebut.

Kejadian itu juga membuka peluang kepada seorang usahawan menawarkan khidmatnya.

Seorang jurutera, Encik Mark Wong, misalnya telah mengedarkan warkah kepada penduduk menawarkan khidmat ujian air secara percuma.

Ketika dihubungi, beliau berkata pihaknya berupaya melakukan ujian untuk memastikan air itu selamat diminum. -BHS












Sunday, 22 May 2011

Video Maharaja Lawak 2011 Minggu 8 – MAN Terkeluar


Video Maharaja Lawak 2011 Minggu 8 – MAN Terkeluar

Untuk minggu ke lapan maharaja lawak sama juga kebanyakkan minggu-minggu sebelum ini dimana bertemakan BEBAS. Persembahan minggu ini tidak mengecewakan dari para peserta. Semua peserta memberikan persembahan yang menghiburkan. Tahniah juga kepada kumpulan R2, dimana mendapat lebih dari 50 ribu undian yang dibuat di facebook untuk kembali beraksi di maharaja lawak 2011. R2 memberikan persembahan yang baik dan tidak mengecewakan pengundi.

Sungguhpun boleh dikatakan semua persembahan menghiburkan, berikut adalah carta yang mengikut penilaian penulis.
1. SEPAH
2. JOZAN
3. R2

JAMBU antara kumpulan yang pada pendapat saya tidak begitu menyerlah pada minggu ini walaupun juri(Ahmad Idham) memuji persembahan mereka.

Keputusan Undian – Undi Masuk


Pembukaan


1. NABIL


2. JAMBU


3. R2


4. JOZAN


5. SEPAH


6. MAN


7. BALAS


Minggu depan setiap peserta akan digandingkan dengan seorang pelawak lama. Kalau JOZAN bergabung dengan USOP WILCHA rasanya mantop juga. Apa kata anda?

Video Maharaja Lawak 2011 Minggu 7 – Amir Terkeluar

Video Maharaja Lawak 2011 Minggu 7 – Amir Terkeluar

Video Maharaja Lawak 2011 Minggu 7 – Amir Terkeluar

Maaf sebab minggu ke 6 tak update sebab bercuti menenangkan jiwa(chewah). Untuk minggu ke 7 tema Lawak Tanpa Suara dan seperti jangkaan awal JAMBU memang memberikan persembahan yang terbaik. Begitu juga dengan kumpulan SEPAH dan JOZAN turut memberikan persembahan yang mantap.

Peserta yang terkeluar adalah AMER dan kumpulan JAMBU mendapat undian dan markah tertinggi pada minggu ini.

1. JAMBU


2. JOZAN


3. SEPAH


4. NABIL


5. BALAS


6. MAN


7. AMIR


Minggu depan ada undi masuk. Sila Vote R2.

Caranya anda hanya perlu klik like Gambar R2 di fan page Maharaja Lawak (FB) [ Klik Sini]

Peringatan : Jika video tidak dapat dimainkan mungkin video telah didelete oleh pihak ASTRO dari youtube.

Saturday, 21 May 2011

Rabbighfirli Warhamni - Subhanallah ..indahnya




DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..
tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlahpermintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)


Diam dan tunduk kanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima, Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikutdengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..
sebuah doa yang kita hanya lewatkanbegitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura
memohon sesuatu.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudsi). Jazakallahu Khair (May Allah reward you for the good)

Friday, 20 May 2011

TDDMKA?



Photobucket

Haa..okay Amir dan pembaca pon nak tau jugak..nie tao nak bagi tau nieh

Kalau korang nak tau TDDMKA tu ialah stand for Tangan Didada, Mata Ke Atas.... haha

Photobucket

Sunday, 15 May 2011

Kereta diklon, pemilik disaman


JASIN - Seorang penduduk di sini, terkejut apabila menerima beberapa surat saman kesalahan trafik termasuk tidak meletakan kupon kenderaan di kawasan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) walaupun dia tidak pernah memandu ke pantai timur sejak membeli sebuah kereta Toyota Camry setahun lalu.

Lebih menghairankan saman trafik dihantar ke alamat rumahnya di Taman Maju Jasin turut disertakan dengangambar kereta yang serupa dengan keretanya dan lebih sukar untuk membezakan kerana nombor pendaftaran kereta juga sama.

Alpawi Afandi, 48, berkata, selama ini, dia tidak pernah terfikir berlakunya kejadian ini dan bernasib baik mengetahuinya sebelum terlambat itu pun selepas menerima beberapa surat saman.

Menurutnya, kereta yang diklon memang sama seperti kereta miliknya dan sukar untuk dibezakan termasuk warna kenderaan, nombor pendaftaran dan nombor sisi kereta.

“Kalau tengok sekali imbas memang sukar hendak bezakan, namun ada beberapa bahagian dapat dikenal pasti seperti lampu sportlight kereta.

“Berikutan masalah ini, saya terpaksa ke balai polis dan pejabat MPK bagi mengesahkan itu bukan kenderaan saya,” katanya.

Alpawi berkata, namun dia berasa lega apabila suspek yang terlibat dalam kegiatan itu sudah ditangkap.

“Suspek itu tinggal di Terengganu dan percaya bukan saya seorang sahaja yang pernah mengalami nasib seperti ini,” katanya.

Katanya, oleh itu, tatacara mengeluarkan saman perlu ditambahbaikkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Alpawi yang membeli kereta dengan harga RM100,000 mendakwa kereta klon terbabit boleh dibeli dengan nilai RM10,000 sahaja di pasaran gelap

Gurindam ratu lebah


Pemungut madu lebah tualang di Sik, Kedah mengalunkan dua rangkap gurindam untuk memujuk ratu lebah supaya mengarahkan puluhan ribu askarnya turun ke tanah.


BAGI orang biasa, berdiri dengan sebelah kaki sambil menukang di atas pokok tualang setinggi bangunan 10 tingkat mustahil untuk dilakukan.

Namun, bagi sekumpulan pemungut madu lebah asli di sekitar hutan di Tasik Pedu, Tasik Ulu Muda dan Tasik Gubir yang terletak di daerah Sik, Kedah, ia bukan satu masalah besar.

Dengan lilitan kemas tali keselamatan di pinggangnya, Che Man Hashim, 63, cermat mengatur langkahnya. Sebagai ahli paling senior dalam kumpulan yang terdiri daripada lapan sekawan itu, dia masih gagah memanjat pokok hutan yang tertinggi di Asia Tenggara itu untuk membuat tangga berbentuk V.

Tangga tersebut yang dipanggil sigai merupakan kayu pokok pisang yang dipaku pada batang pokok tualang bagi membolehkan peraih madu memanjatnya hingga ke puncaknya.

"Dalam satu ekspedisi mengutip madu, empat orang diperlukan untuk membuat sigai. Saya merupakan dua orang pertama yang akan memanjat pokok dan mula memasang sigai hingga melepasi separuh ketinggian pokok.

"Tugas itu kemudian disambung oleh dua orang rakan lain yang lebih muda kerana semakin tinggi memanjat, semakin besar cabaran serta risikonya," katanya yang mesra disapa Pak Teh.

Sesekali mendongak ke atas, sayup-sayup kelihatan puncak berdaun yang mekar dengan cabang-cabang dahan melintang, yang menjadi tempat koloni lebah hutan daripada jenis Apis Dorsata membuat sarang.

Ternyata, bukan mudah untuk memungut madu liar. Kesempatan untuk melihat sendiri proses pengambilan madu lebah tualang akhir April lalu di hutan Tasik Ulu Muda, Kedah, memberi perspektif sebenar tentang nilai mahal madu lebah liar.

Tiga syarat


SAIZ perdu pokok tualang ini sebesar tujuh pemeluk lelaki dewasa.

Pokok tualang yang kami dekati bukan calang-calang. Terletak di kawasan permatang yang berbukit-bukau, perdu pokok saka ini dianggarkan menyamai saiz pemeluk tujuh lelaki dewasa.

Menurut Pak Teh, setiap pokok tualang terdapat jumlah sarang yang berbeza, bergantung pada tinggi serta jarak di antara pokok-pokok lain.

"Satu pokok biasanya boleh menempatkan di antara 50 hingga 60 sarang. Ada juga pokok yang memiliki lebih 100 sarang. Ia bergantung pada musim. Bila musim lawas, biasanya jumlah sarang tidak banyak. Tapi apabila musim lebat, memang tidak menang tangan dibuatnya.

"Saiz sarang juga berbeza-beza, biasanya panjangnya mencecah 1.2 meter (m) dan ada juga yang boleh memanjang sampai 1.8 m," katanya lagi.

Dianggarkan, satu sarang bersaiz 0.9 m boleh menempatkan 50,000 hingga 70,000 ekor lebah yang terdiri daripada lebah ratu, lebah jantan dan lebah betina.

Dalam kasta keluarga serangga himenoptera ini, lebah betina merupakan lebah pekerja yang keluar menghisap nektar daripada lebih 100 jenis debunga di sekitar hutan dan menyimpannya di pundi manisan.

Ia kemudian dipindahkan ke sarang lebah, lebih tepatnya, dibawa ke indung madu.


AKAR kayu merau menghasilkan asap yang tidak memedihkan mata dan bunga api yang cantik.

"Lebah betina bertindak sebagai lebah pekerja manakala lebah jantan akan duduk di sarang untuk memastikan ratu lebah dapat bertelur," kata Abdul Samad, 53.

Selesa dengan panggilan Pak Ngah, beliau memberitahu, ada tiga syarat yang perlu diikut jika ingin jadi pengambil madu tualang.

"Tidak boleh gayat, kena tahan sakit dan boleh berjaga malam kerana kerja pengumpulan madu hanya boleh dilakukan pada waktu tengah malam ketika bulan gelap iaitu di antara 23 hingga 7 haribulan mengikut kalendar Hijrah.

"Jika bulan terang atau diambil pada waktu siang, penglihatan lebah lebih sensitif dan ia boleh bertindak agresif," katanya.

Pak Ngah berkata, semua pemungut mesti melalui saat gayat pada awal kerjaya mereka. Apatah lagi apabila berada di puncak pokok yang tingginya seperti 12 tingkat bangunan.

"Ketika itu, kalau ada angin kuat, kecut perut dibuatnya," ujarnya.

Disengat


INDUNG madu yang diambil diperah dan ditapis menggunakan besen lubang-lubang sebelum disimpan di dalam gelen.

Musim aktif untuk memungut madu lebah tualang bermula pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.

"Biasanya lebah akan mencari tempat bersarang pada bulan Oktober dan menjelang Disember, manisan yang dikumpul sudah boleh diambil.

"Hari ini merupakan tuaian terakhir pada tahun ini, tidak hairanlah lokasi pokok lebih jauh ke dalam hutan," katanya.

Usai melihat kerja-kerja memasang sigai petang itu, kami pulang semula ke kawasan perkhemahan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan.

"Khemah kena jauh dari pokok tualang, takut lebah menyerang semasa madunya diambil nanti," ujar Pak Ngah.

Selepas solat Isyak, dengan berpakaian tebal, kami bergerak ke lokasi pokok tualang itu.

Sampai di sekitar perdu pokok tinggi itu, ahli termuda dalam kumpulan itu, Sabri Md. Zain, 35, bersedia untuk memanjat pokok dan menyambung kerja membuat sigai.

Pernah disengat ratusan lebah sepanjang 10 tahun memungut madu tualang, dia hanya menggunakan madu sebagai penawar.

"Bila kena 'tembak' memang sakit, tapi bila sudah biasa, tidak rasa sangat sakitnya. Bila berada di atas, sengatan lebah memang tidak dapat dielak.

"Penawar paling mujarab ialah sapukan madu di tempat yang disengat, insya-Allah, tidak bengkak," katanya yang akan menjual hasil kutipan madu kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada harga RM120 sekilogram (kg).


KERJA memasang sigai dianggap cabaran terbesar dalam operasi memungut madu.

Sementara Sabri bersama rakannya Zaini Abdul Hamid, 45, memanjat pokok, ahli kumpulan yang lain berada di bawah memotong kayu pisang untuk dibuat sigai.

Menurut Sabri, kayu jenis itu digunakan kerana teksturnya yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

Sementara dua rakannya naik ke atas, Ramli Yusof, 45, leka memeriksa jamung yang dibuat daripada akar pokok merau.

"Akar pokok merau dipilih kerana ia mengeluarkan bunga api yang cantik ketika jatuh ke tanah. Asapnya juga tidak memedihkan mata," katanya.

Lebih kurang pukul 12 malam, setelah sigai siap dibuat, kedua-dua pembuat sigai tadi turun.

Kali ini mereka mengenakan pakaian yang lebih tebal, penutup kepala, cermin mata, sarung tangan dan stoking sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan lebah.

Setelah semuanya siap, Pak Ngah mengetuai rutin membaca surah al-Fatihah serta beberapa surah lain dan diikuti doa agar operasi pada malam itu berjalan lancar.

Bunga api


BERBALOI... para pemungut madu bergambar selepas selesai tugas mereka.

Dua orang pengumpul madu mula memanjat sigai dan menuju ke sarang yang telah dikenal pasti. Mereka turut menarik jamung yang dihulur dari bawah.

Ketika itu kami disuruh duduk diam dalam keadaan gelap gelita.

"Jangan risau, nanti bila masa yang sesuai tiba, saya akan beritahu dan anda boleh mengambil gambar," kata Ramli kepada sekumpulan jurugambar yang sudah bersedia dari tadi.

Apabila jamung dinyalakan dan diketuk di dahan, terdengar bait-bait gurindam dialunkan untuk memujuk lebah turun ke tanah, mengikut ritma bunga api dari akar merau tadi.

"Intan manis turunkan ikut bunga bintang. Turunlah ke bumi duduk diam-diam."

Ditanya tentang asal-usul gurindam tersebut, Ramli menjelaskan, ia diperoleh daripada orang dulu-dulu.

"Tidak pasti siapa yang mula-mula mengalunkan gurindam ini untuk kutip madu. Namun, ia berkesan untuk menarik perhatian lebah keluar dari sarang dan turun ke tanah," tambahnya.

Serentak itu, puluhan ribu lebah menghurung bunga api berwarna merah dan mengikutnya jatuh ke tanah.

Masa itu digunakan sebaiknya oleh pengutip madu di atas pokok untuk mengerat indung madu dan membawanya turun menggunakan palong atau besen yang diikat tali.

"Hanya indung madu diambil manakala sarangnya ditinggalkan untuk menarik lebah datang bersarang pada musim akan datang," kata Ramli.

Operasi malam itu tidak berhenti di situ. Indung madu yang diturunkan menggunakan palong tadi diperah dan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam gelen putih yang tersedia. Malam itu, mereka berjaya megutip 35 kg madu dari dua sarang.

Dibantu pencahayaan minimum, penulis sempat merasa keenakan madu tualang liar. Rasanya memang sedap, ia tidak terlalu manis.

Malah, sedikit rasa masam yang hadir di hujung sudu plastik menjadikan sesi merasa madu pada pukul 2 pagi itu tidak cukup dengan hanya tiga suapan madu!


link within

Blog Widget by LinkWithin