
Khasiat kurma tak perlu dibahas atau dipertikaikan lagi.Baik dari sudut agama mahu pun secara saintifiknya, kurma memang mengandungi zat makanan yang sangat baik untuk tubuh manusia. Kata pepatah inggeris 'an apple a day makes a doctor away" tetapi saya lebih senang mengubah persepsi tersebut kepada "
Sebiji kurma mamadai untuk kekal sehat sepanjang hari"
Pengalaman yang saya ingin saya kongsikan tentang kurma ini ialah kurma sebagai pelawas.Umpama julap yang diperlukan untuk melancarkan usus besar begitulah mujarapnya kurma untuk mengatasi sembelit. Tak kira apa jenis kurma yang anda pilih, kurma muda yang lembut atau kurma matang yang agak keras, makanlah 2-3 biji kurma bersama air suam yang agak panas. Tak perlu tunggu lama, insyaAllah selepas kira-kira 10 minit memakannya bersama air suam panas, sembelit anda akan segera sembuh.

Kurma muda yg dipanggil ruttab tidak begitu sesuai untuk dijadikan pelawas. Jika kurma matang yg berwarna coklat atau hitam pula hendaklah direndam dengan air panas supaya lembut sebelum dimakan dan minumlah air suam yg agak panas selepas itu. Bawalah bekalan kurma ke mana2 jika anda bermusafir . Janganlah tunggu
bulan ramadhan sahaja barulah nak beli kurma. Jadikan kurma amalan harian sekurang2nya sebiji sehari untuk anda kekal sehat sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment